Saturday, 10 December 2011

I AM SOORRRYYYY!!!!!!

dah lama tak update tiba2 cakap sorry. haha. sorry bukan untuk lama tak update. tapi sorry untuk kawan-kawan. tak kisah sama ada lelaki atau perempuan. IM SORRY! sebab kadang2 tu melawak kasar. main cakap ja sampai tak fikir kan hati orang. i'll try untuk kurang kan cakap merapu terutama sekali untuk perempuan. sebab kalau lelaki senang paham. kalau lelaki+perempuan tu kurang paham cepat terasa jgk. tp kalau untuk perempuan memang cepat terasa. aku tak mau kawan2 perempuan aku masam muka ngn aku. smpai tak bercakap. kalau ada hal apa2 baru nak bercakap. tu rasa mcm janggal la. sebab sebelum ni kan biasa bercakap. melawak. gelak sama2. then sekarang rasa pelik sbb kurang bercakap. even aku dh hilang no phone dia. then dia tak bg. apa ni? cakap kawan. come on. aku tak kisah kalau dia nak buat apa2 pun. tapi please. act like friends. i can be a good friends. but please jangan sampai aku tak bercakap dengan dia. sebab aku tak pernah tak bercakap dengan orang. and kalau dia terus buat mcm tu. dia adalah orang pertama yg aku tak akan bercakap. hahaha. jahat kan. nak buat mcm mana. mcm tu la cara dia! okay. thats all. thank you have a nice day :)

Wednesday, 19 October 2011

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY the malaysian top 10 billionare

Tan Sri Syed Mokhtar AL Bukhary antara 10 terkaya di dunia. aku sangat admire dia ni. bukan sebab dia kaya. tapi sebab prinsip dia buat dia kaya dengan akhlak dia. kalau boleh aku nak jadi macam dia. kaya, berharta. tapi   masih merendah diri. banyak membuat sumbangan. Btw, aku suka prinsip-prinsip dia. 

PRINSIP Tan Sri Syed Mokhtar AL Bukhary. :)

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Allah. Allah beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ..kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

kalau orang melayu boleh berjaya. kenapa tidak orang orang lain? kenapa tidak kita? so maybe aku kena byk usaha. then ambil prinsip2 Tan Sri sebagai panduan. mungkin boleh berjaya. insyaallah. :)

Saturday, 15 October 2011

kawan, ex-gf and gf ?

well aku masih confuse pasal 3 benda ni. 1st thing nak cakap pasal girlfriend a.k.a Gf. perghhh ada awek tu. haha tak la. okay mcm ni. apa yg di maksudkan gf? gf tu kalo di-translate kan dalam google translate akan jadi "perempuan kawan" opsss. google translate mangkuk. maksud dia adalah "kawan perempuan". then gf juga adalah seorang kawan. and kenapa perlu ada special nya sedang kan itu adalah seorang kawan? mybe ramai orang beranggapan bahawa gf ni adalah tempat mencurahkan kasih sayang. dan nak menunjukkan bahawa lelaki ni caring terhadap perempuan and then tempat nak bermanja dan bemesra. please laaa... okay bg aku kan. gf ni boleh la sapa nak ada. sedang kn aku pon pernah ada. tp yg aku pelik. ada sesetengah orang ni. beranggapan bahawa gf ni mcm bini depa. buat mcm depa dh kawin. apa masalah depa ni? kalo rasa nak kawin. kawin je la terus. tk payah nak bercouple ni. kalo rasa sayang and cinta. tk kisah. tp kongkong mcm suami isteri. ishh. pelik laaa.. kata "kawan perempuan". pelikkan. so sapa yg dah bercouple. sangat susah la nak ajak keluar and lepak2. kalo mcm tu. orang yg tk couple ni duduk saja jaaa... and one more thing. perempuan kebanyakkannya cari muka handsome bak artis2. hot bak edward cullen. oh please. abeh laki yg tak hot and tak handsome ni nak dapat kat sapa? tak kawin? bujang sampai ke tua? not bad la. even dh couple pon still duk usha-usha lelaki yg handsome dari boyfriend sendiri. apa ni? tak puas dengan apa yg dh dapat ka? tak hargai apa yg dh ada? ishh tamak nya.

so the 2nd thing nak cakap pasal ex-gf ataupun dalam bahasa melayu yang betul adalah bekas teman wanita. okay. bekas teman wanita adalah seorang kawan.  kawan yg telah diputus kan dari hubungan kekasih. wow. terbaik. kebanyakkan orang time bercinta duk berkasih and duk bersayang. lepas putus duk ber-maki-makian and duk ber kutuk-kutukan. apa ni? ni bukan sikap seorang kawan. come on people. wake up!!! kita tak boleh memutus kan tali persahabatan. hanya mati saja akan memutus kan tali persahabatan. sebab walaupun kita bermusuh dengan seseorang. musuh itu adalah seorang kawan. respect your enemy. and people will respect you. memang la kt dunia ni ada orang tak suka dengan orang lain. orang yg kita tak suka tu adalah orang ygg kita kenal. dan pernah bersua muka dan bercakap. tak kan dengan kawan sendiri kita nak bermusuh. memang la kalo nak kata memang setiap orang pernah terasa hati dengan kawan2 dia sendiri. tapi nak buat mcm mana? setiap orang ada salah dan silap. and maybe kesilapan yg depa buat tu depa buat buat secara tak sengaja? walaupun kesilapan yg disengajakan. kita boleh maaf kan depa kan? sampai bila nak musuh? sampai bila tak mau bercakap? kalo couple yg dh putus. sampai bila nak maki2? sampai bila tak mau tengok muka? come on. benda kecik kita boleh bincang. benda besar kita boleh settle sama2. jangan la kalau jumpa ex-gf di tepi jalan. and dalam masalah. tak kan kita tak nak tolong? tak kan nak gelak? tak kan nak biar saja? even kalau harimau pon. dalam kumpulan harimau ada dalam bahaya. sekor harimau tak akan duduk diam and mesti akan tolong kawan dia dalam bahaya tu. even binatang yg tak dak akal boleh menolong kawan nya. ini kan pula manusia yg boleh berfikir. okay?  sejahat mana pon orang tu. semusuh mana pon orang tu. orang tu adalah seorang kawan. seorang kawan yang boleh membantu kita bila kita dalam kesusahan. sama la jgak dengan ex-gf. kalo kata ex-gf ramai. okay la tu. tlong ja semua. current gf tk boleh marah sebab Bf dia membantu ex-gf iaitu seorang kawan ! ;)

now we talk about kawan! kawan adalah manusia yg kita pernah bercakap. pernah tegur. pernah lepak pernah layan perasaan. pernah berkenalan ;)  aku tak mau cakap banyak pasal kawan2. sendiri paham. tapi yg pasti. respect kawan2. layan kawan2 mcm mana depa nak. even kawan perempuan pon kita kena jaga. kawan lelaki and kawan perempuan. mana yg lebih penting bg seorang lelaki? mesti lah kawan lelaki. and kawan laki tu kena la paham.  seorang laki jugak perlukan kawan perempuan. so tak salah kan kalo kawan lelaki and perempuan kita lepak sekali? minum sama2. kita kan kawan. ;)  i dunt have any idea to talk about friends. and i like this quote

  "Friendship is a single soul dwelling in two bodies." ,

and

"Friendship is held to be the severest test of character. It is easy, we think, to be loyal to a family and clan, whose blood is in your own veins." 

and also this

"The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing... not healing, not curing... that is a friend who cares."

Sunday, 9 October 2011

wahai kawan!!

ada satu lagu pasai kawan yang aku tk boleh lupa. selalu aku igt jaa kat mana2 lirik diaa. memang terbaik la lagu dia. and lirik dia bermakna. nak sharing sharing skit ;) ahah


lyric :-

Aku memang tak reti
Tunjuk engkau menari
Tapi engkau tak usah henti
Pandai takkan datang berlari
Mimpi aku tak semua indah
Semagat rakan jangan lah pudar
Hidup memang banyak kerenah
Cerewet hidupmu akan susah

[Korus]
Janganlah berundur
Ini bukanlah masanya
Tak kuasa aku menghadapi ini semuanya
Sendirian begini
Tak mampu berdiri tinggi
Tanpamu di sisi
Wahai kawan...

Satu lagi nak pesan
Busuk hati janganlah simpan
Nasihat untuk rakan dan taulan
Simpan semua jadi panduan
Sudah 24 tahun
Ilmu di dada aku susun
Kalau berkat tak datang turun
Sampah sarap datang berduyun..

P/s: walaupon band ni tak popular macam greenday ka. bunkface ka. paramore ka. tp band ni tetap popular dkt gig! hidup ska punk! hidup plague of happiness. THE BEST SONG I EVER HEARD!

Saturday, 8 October 2011

agak lama jugak

yeah. agak lama tk update ini blog. bukan apa. susah aaa nak update blog dkt kolej. grrrr. well. kt rumah internet laju. macam peluru. ahha  now cuti sem 1 bulan. perghhh. boring gila. tak taw nak buat apa. and tk dk cita menarik :'( mybe time sem 1 banyak cerita and sweet memories with my classmates and my friends. ;) mybe kawan2 aku tak kenal lagi aku mcm mana. tk pa la. pelan2 kayuh. mybe sem 2 or 3 depa akan kenai aku. well i think i should be myself. and not to be anyone else. sekarang kat uitm. ramai igt aku susah nak serius. and asyik main2. pelik la. bila aku serius. diorang kata aku main2. bila aku main2. ada yang melawak terlebih. ahah tp yg penting. classmate aku memang rock lah! terbaik dari ladang. geng perempuan and lelaki. semua tetap terbaik. walaupun ada perangai perangai yg pelik2. tapi depa memang terbaik. ahahha so aku stay sampai abeh kawan2 aku balik. then baru aku balik. aku nak tengok depa balik. sebab sebulan kot tak jumpa. mana nak tau jadi apa2 kan. well. jaga diri la yg duduk jauh2. aku sayang kawan2 aku :)

Friends are born, not made.  aku suka ayat ni ;) thank you :D

Saturday, 3 September 2011

Raya! Qaya! dan KAYA!!!!!

1st of all selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada mak, ayah, abang2, adik, sahabat-sahabat, kawan-kawan, sanak saudara dan sewaktu dengan nya :D cakap ja raya mesti time nak perabeh duit. MUAHAHA (evil laugh) cangak lagi. dah raya kan. so Shopping! Borong! Angkut semua! ahaha. Ops! tu untuk budak2 "shopaholic" . bg aku cukup tak reti nak shopping segala2 ni. just beli dia seluar and dua baju. lebih kurang rm 300 lbih la spent dekat 4 barang tu. sikit ja tak banyak. hahahaha 1st raya. sembahyang raya! 1st time aku stay smpai dengaq khutbah! gila lah. dh matang rasa nya aku ni. awesome! ahah :D kalo tak lepas sembahyang terus keluar baling mercun ja. depan masjid ja. kasi gegar suasana skit. :D what i mean with this title is bila hari raya mesti orang fikir duit raya. kenapa eh? maybe sebab time hari raya kot duit bleh jadi banyak then boleh enjoy enjoy skit. hahaha Hello! orang nak p ziarah menziarahi! bukan mintak duit! confuse jgk aku dgn budak2 kecik ni. mai2 rumah terus mintak duit raya. suruh makan tak mau makan pulak.  last2 sekali bg sorang 20 sen. jadi la. duit la jgk tu. kalo rm100 tu tk cukup 20 sen. tk jadi rm100 kan. dia akan jadi rm99.80. so hargai la 20sen yg aku bg tu okay "adik-adik" ? :D

So last thing i wanna say is Selamat Hari Raya! Raya tu Raya Jugak! Jangan Ingat Time Raya Tak Ada Malang! Sesungguhnya Malang Tak Berbau! Kita Cuma Boleh Rasa Ja Dengan Ibu Jari Kaki! haha *joke*
one big family at village! yeah yeah!

okay la! orang baca yassin sempat lagi amik gmbr.haha not bad!

ayahanda :D

bonda :D

:D

ermm -.-

cousins,bro and auntie :D

have a nice day! have a nice raya! take care! 

Saturday, 27 August 2011

Camp Sisda! :D

yaw yaw yaw sisda datang lagi dengan camp dan aktiviti nya yang berlangsung selama 2 hari 1 malam! ;) haih sisda ni banyak sungguh aktiviti dia. penat penat ;)
bajet mula tk mau pi lah. *rasa macam semak ja pi* tapi nak buat mcm mana. tiba-tiba tertarik nak pi. nak kata disebabkan awek? ofcoz tidak!!! ni semua disebabkan jadi ketua kumpulan a.k.a tok mudim! muka ni jadi tokmudim? ahhaha nak kerat sapa tk taw lah. ;) btw ingatkan mula-mula tak best. tapi setelah penceramah yang hebat serta bertauliah tak lain dan tak bukan CIKGU SUHAIMI ZAMAN! OH YEAH OH YEAH! kaunselor sekolah aku! haha memang terbaik lah cikgu! cikgu memang fantastik, menarik menarik!. ahah ;) aktiviti? errr boleh la tahan. suma jenih uji minda serta uji rashid. masalah betul. and the last thing aktiviti ialah!! persembahan!! haha malas nak kata apa dh kat persembahan. nak buat cm na. benda dh lepas jangan dikenang. bila dikenang malu kemudian hari. btw clappp for my group SWAGGER!!! :D like like like :D
video persembahan time camp sisda! enjoy it ;)

balik raya oi balik raya!

Satu hari di hari raya! dua hari di hari raya! tiga hari di hari raya!! 4 hari di hari raya~~~ pkiaq raya suma pikiaq duit. agak2 berapa la tauke kedai baju untung time raya ni kan? haha bg semua shopaholic! anda memang bertuah sebab ada hari raya! ahha bg semua spesis mcm aku. abeh la ampa. tak taw nak beli baju apa. ahah aku heran dan pelik dh nya ni pun aduhai. nak raya. tp baju tak reti-reti lagi nak shopping beli baju. please. i need someone who teach me how to shopping! grrr~~ masalah betul. bila time nak beli ja. mesti tak reti. baju semua cantik. tapi tu la. masalah betul. last2 tak yah beli.senang. -.- kalo tak beli tak leh raya pulak. memang syarat dia mcm tu eh? grrrrr -.- so esok try p penang tengok. kalau lah boleh borong sana. aku borong bawak balik mai juai dkt sungai petani. muahahah ;) okay farewell! have a safe journey and nice day tomorow. insyaallah! :)

Practice Drama practice!

Last Day Puasa dekat Uitm yeay! :) and practice Drama! :) well ingatkan practice drama hari ni boleh completekan scene yang tak dicomplete kan lagi. tetapi malang nya sekali TAK! bukan salah kan sesiapa. aku cukup takut nak salahkan orang. tapi nak buat mcm mana. disebab kan orang lain. orang lain kena marah. then bila ditanya dan ditegur. marah pulak. abeh yang kena marah ni ingat kami semua suka kena marah la. kemon la. matang la sikit. kata kawan-kawan. tak kan kawan suka tengok kawan lain kena marah apa suma? tak supportive langsung. kalo nak ikut kan hati tu dh lama aku rembat saja suma yg jadi penyebab kami kena marah. tp nak buat mcm mana. kawan2. satu kelas pulak tu. depa ingat depa ja ada masalah? depa ja yang kena marah? depa ja tanggung beban berat2? come on la. jangan pikiaq diri sendiri. aku pon ada gk masalah apa suma. tp tk dk la sampai nak maki2 orang. fikir la positive skit. dh besaq kan? nasib bek aku ni jenih cepat cool. kalo tak. "lu rembat malik! wa rembat sama lu!" hahahaha chill ;)

sakit hati kena game ngn kawan-kawan. sabor je lah~~

Tuesday, 16 August 2011

31 buka puasa!!

Hello im back here. so today 16 august 2011 bersamaan hari selasa. grrrr.. actually susah nak satu kan ramai orang dalam satu2 benda yang dirancang secara tak formal. tapi benda yang dirancang berjaya!! oh yeah oh yeah!! Sambutan Buka Puasa Kac 110 1A!!! yeah yeah yang telah dirancang dan disupport oleh member2. thanks aaa member2 sebab support walau pon ada 4 5 6 7 orang tak pi. tapi yang ada pon boleh lah bg hingaq and menggila. makan sambil tak hirau kan customer and tauke kedai. we are 1 class. and unite. tak ada berpuak puak atau berkabilah. hidup kena unite bro. tak unite tak boleh hidup la brader. thanks to all classmate. love ya all! alright. dont have much time to write on this cause many work to do. grrrrr, so keep on smiling. make people happy and if have problem. solve it! don't ignore it! smile and happy are important even we are in trouble. go go go.! keep on baragaa baragaa baragaa baragaa =_="~~~~!!!! :D


thank you! :D

Sunday, 14 August 2011

1st Time to Blogging!

Well. im new in blogger world. this is all because one of my friend encourage me to create a blog. well i think this blog is quite good.. grrrr susah lah nak speaking2 ni. tergeliat lidah. haha. so dh boring dengan sosial networt and so on. so nak la jgk try benda baru macam blogging ni kan. so lets see.. how long i can stand with this activity. haha lets begin this blog with al-fatihah and also baragaa baragaa baragaa baragaa =_="~~~~~~! 

"chill your day and make your day perfect! seek for the perfectness and look forward in your! life is a  race."

thank you :D